Tahap-Tahap Tauhid - Tiada Tuhan Selain Allah

Sabtu, 11 November 2017

Tahap-Tahap Tauhid

Imam Al-Ghazali menjadikan sebiji kelapa sebagai contoh untuk menjelaskan tahap-tahap tauhid, Seperti Iman, tauhid juga bertingkat–tingkat naik mengikut apa yang diyakini dan ditauhidkan oleh seseorang itu semakin bertambah ilmunya maka semakin meningkatlah TAUHIDnya.

1. TAUHID ASAS yaitu seseorang yang berpuashati dengan hanya mengetahui Rukun Iman & Rukun Islam sahaja sama seperti seseorang yang baru masuk islam, Ini seperti kulit bahagian luar kelapa yang hijau jika muda dan coklat bila masak.

2. TAUHID ORANG AWAM yaitu seseorang hanya mentashdiqkan dihati bahawa Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Nabi  Muhammad itu Pesuruh Allah. Tauhid yang sebegini tidak mengamalkan NAFI & ISBAT dalam Kalimah Syahadahnya. 
Orang pada tingkat ini beriman ia bahawa manusia itu ialah manusia dan manakala Tuhan ialah Tuhan. Perbuatannya ialah perbuatan dia selaku manusia dan Perbuatan Allah tidak ada kena mengena dengannya. Tauhid sebegini ibarat SABUT KELAPA yang tebal.

3. TAUHID ORANG KHUSUS/KHAWAS yaitu seseoang disamping mengakui akan Ketuhanan Allah dan Kerasulan Muhammad juga mentashdiqkan pengakuannya dengan NAFI & ISBAT. 
Kalimah Tauhid ditashdiqkan sebagai : Aku mengaku dengan bersaksikan diriku sendiri bahawa TIADA YANG NYATA didalam diriku melainkan Allah semata-mata.
Yang mengaku itu ialah YANG BERSUARA itu (nyawa/ruh) manakala saksinya ialah YANG MENYAMPAIKAN SUARA itu (jasad/badan).
Kalimah Rasul ditashdiqkan bahawa : Aku mengaku dengan bersaksikan diriku sendiri bahawa AKULAH MUHAMMAD menyampaikan HAQ ALLAH.
Yang mengaku itu ialah yang bersuara itu Nyawa atau Ruh dan saksinya ialah Jasad atau Badan (yang menyampaikan suara). 

Seseorang pada tingkat ini beriman bahawa manusia itu tidak mempunyai apa-apa daya upaya dan perbuatan. Segala daya upaya dan sebagainya adalah Sifat Sifat Allah belaka.
Segala daya upaya dan sebagainya pada hakikatnya adalah AF’AL ALLAH belaka. Anggota anggota jasadnya merupakan ALAT atau SANDARAN bagi Allah melaksanakan PerbuatanNya.
Tauhid ini juga disebut TAUHID AF’AL yakni Tauhid Peringkat Pertama bagi orang Hakikat. Tauhid sebegini diibaratkan seperti ISI atau SANTAN KELAPA oleh Imam Ghazali.

4. TAUHID ORANG KHUSUS AL KHUSUS yaitu Tauhid tingkat Tertinggi, Seseorang pada tingkat ini mentashdiqkan Dua Kalimah Syahadah itu sebagai TIADA YANG WUJUD dialam mayapada ini.
YANG WUJUD HANYA ALLAH atau dalam bahasa tasawufnya LA MAUJUDA ILLALLAH. Tiada Kalimah Rasul kerana pada mereka Nabi Muhammad itu pada hakikatnya ialah Sifat Allah Yang Agung. Orang yang bertauhid sebegini beriman bahawa dirinya sendiri sebagai manusia pada hakikatnya tidak wujud. Dirinya merupakan Penampakan Allah Yang Nyata didunia ini atau dalam bahasa Tasawufnya disebut sebagai Tajalli Allah. Diri Yang Sebenarnya Diri yang meliputi jasadnya ialah RUH AL-QUDSI ALLAH. Jasadnya yang dianggap hidup itu pada hakikatnya mati dan dihidupkan oleh RUH AL-QUDSI ALLAH iaitu nyawanya. Dirinya sebagai manusia merupakan alat atau sandaran Allah untuk menunjukkan  KeagunganNya, Kesempurnaan dan Kebesaran Allah. Sekiranya anda menganggap bahawa anda adalah penganut Ilmu Hakikat sewajarnyalah anda bertauhid pada peringkat Tauhid Khusus Al-Khusus ini.
Tauhid ini disebut juga TAUHID DZAT yang merangkumi Tauhid Sifat, Asma’ & Af’al. Imam Ghazali mengumpamakan Tauhid ini dengan RASA LEMAK SANTAN KELAPA iaitu ZAT dalam santan kelapa itu. Orang pada tingkat ini bersaksi bahwa TIADA YANG WUJUD diseluruh alam ini YANG WUJUD HANYA ALLAH (LA MAUJUDA ILLALLAH), orang pada tingkat ini sudah MENGETAHUI bahwa Dirinya merupakan sebagai Tajalli Allah. 

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Silahkan komentar sesuai dengan topik, Terimakasih.

Silahkan beri komentar atau saran tentang topik menggunakan kata yang bijak dan utamakan kesopanan. Terimakasih telah berkunjung serta membaca artikel yang ada di blog ini.